AS umum bantuan kemanusiaan AS$26 juta untuk

AS umum bantuan kemanusiaan AS$26 juta untuk pelarian Rohingya 

KEADAAN kem pelarian Rohingya Balukhali di Ukhia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bantuan kemanusiaan baharu berjumlah AS$26 juta (RM117.5 juta) untuk pelarian Rohingya di Bangladesh dan tempat lain di rantau Asia.

Menurut jurucakap Jabatan Negara, Ned Price, peruntukan baharu itu membolehkan rakan kongsi kemanusiaannya terus menyalurkan bantuan menyelamatkan nyawa kepada komuniti terjejas di kedua-dua belah sempadan Myanmar dan Bangladesh.

Katanya, dengan peruntukan baharu itu, AS sudah menyumbang sebanyak AS$2.1 bilion (RM9.49 bilion) bagi membantu penduduk Rohingya sejak Ogos 2017.

Semalam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan memerlukan AS$876 juta (RM3.96 bilion) untuk memenuhi keperluan kemanusiaan Rohingya di Bangladesh selepas kemerosotan dalam sumbangan sehingga memaksa catuan makanan dilakukan.

Hampir sejuta masyarakat Rohingya yang sebahagian besarnya beragama Islam tinggal di kem-kem bantuan yang daif di Bangladesh. 

Masyarakat Rohingya menghadapi diskriminasi meluas di Myanmar yang mana mereka dinafikan pelbagai hak termasuk kewarganegaraan.

Golongan itu melarikan diri dengan menyeberangi sempadan ke Bangladesh akibat tindakan kekerasan tentera Myanmar sejak Ogos 2017.

Tentera Myanmar melancarkan ‘operasi pembersihan etnik’ terhadap penduduk Rohingya susulan serangan kumpulan pemberontak.-AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya