27,000 kenderaan tinggalkan Jakarta - Utusan Malaysia

27,000 kenderaan tinggalkan Jakarta

KENDERAAN sesak di laluan tol Cikampek Utama di Jakarta.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Lebih 27,000 kenderaan meninggalkan Jakarta melalui Tol Cikampek Utama menjelang sambutan perayaan Hari Nyepi dan Ramadan yang jatuh pada minggu ini. 

Lapor Detik.com, sehingga lewat petang, tiada kesesakan lalu lintas dari Jakarta ke Palimanan kerana ribuan kenderaan sudah bergerak sejak awal pagi kelmarin.

Berdasarkan laporan data Jasa Marga, terdapat 27,093 kenderaan dari arah Jakarta menuju pintu keluar Tol Cikampek Utama manakala di arah bertentangan, atau ke arah Jakarta pula hanya sekitar 13,296 kenderaan.

“Kenderaan yang lalu lalang dari Jakarta didominasi oleh kenderaan persendirian sementara yang meninggalkan ibu kota oula didominasi oleh plat luar Jakarta. 

“Tetapi ada juga pelat dari Jawa Tengah hingga Jawa Timur yang melintas,” jelas laporan itu.

Jasa Marga meramalkan peningkatan besar jumlah kenderaan mencecah 899,098 buah yang akan memenuhi jalan-jalan dan susur keluar dari Jabotabek, Jakarta, Bogor, Tangerang dan Bekasi hingga Ahad ini.

Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat dan Pembangunan Komuniti Jasa Marga, Lisye Octaviana berkata, angka ini merupakan jumlah kumulatif aliran trafik dari 4 pintu tol utama iaitu di Cikupa, Ciawi, Cikampek Utama dan Kalihurip Utama.

“Jumlah trafik yang keluar dari kawasan Jabodetabek meningkat 9.39 peratus berbanding trafik biasa,” kata Lisye dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya