TERKINI: SCDF hantar pasukan ke Turkiye - Utusan Malaysia

TERKINI: SCDF hantar pasukan ke Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menghantar satu pasukan ke Türkiye untuk membantu usaha menyelamat, sebagai respons kepada permintaan bantuan kemanusiaan susulan gempa bumi maut itu.

Lapor Channel News Asia, pasukan itu adalah daripada kontinjen yang dikenali sebagai Operasi Lionheart.

Kontinjen dengan 79 anggota itu ditubuhkan pada tahun 1990 dan pernah ditempatkan dalam 19 misi mencari dan menyelamat atau bantuan kemanusiaan.

“Pasukan awal 20 kakitangan SCDF terdiri daripada pegawai dari Pasukan Bantuan dan Penyelamat Bencana (DART), pakar paramedik dan seorang doktor dijadual ditempatkan dalam tempoh 24 jam akan datang.

“SCDF akan menyediakan kemas kini lanjut mengenai misi itu sebaik sahaja tersedia,” kata SCDF di laman Facebook

Semalam, Duta Besar Turkiye ke Singapura, Mehmet Burçin Gönenli melawat ibu pejabat SCDF untuk mengucapkan terima kasih kepada kontinjen Operasi Lionheart.

Palang Merah Singapura (SRC), sementara itu, telah mengaktifkan perkhidmatan Pemulihan Pautan Keluarga (RFL) untuk membantu penduduk Singapura dalam mencari ahli keluarga terdekat yang mungkin terjejas akibat bencana itu terutama mereka yang sukar dihubungi.

SRC juga telah menjanjikan bantuan kemanusiaan berjumlah AS$100,000 (RM430,049) untuk diserahkan kepada organisasi Bulan Sabit Merah Turkiye dan Bulan Sabit Merah Arab Syria bagi menyokong usaha bantuan mereka.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya