TERKINI: Angka korban Turkiye-Syria cecah 41,000, Erdogan anggap sejarah terburuk umat manusia - Utusan Malaysia

TERKINI: Angka korban Turkiye-Syria cecah 41,000, Erdogan anggap sejarah terburuk umat manusia

GEMPA bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turki dan barat laut Syria pada Isnin lalu telah meragut puluhan ribu nyawa dengan kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Sembilan mangsa di bawah runtuhan diselamatkan di Turkiye semalam, lebih seminggu selepas gempa bumi kuat melanda di negara berkenaan dan Syria.

Lapor CNBC, tumpuan penyelamat kini beralih kepada membantu orang ramai yang kini bergelut tanpa tempat tinggal atau makanan yang mencukupi dalam kesejukan.

Angka terkini kematian di Turkiye dan negara jiran, Syria melebihi 41,000 orang.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui masalah dalam tindak balas awal terhadap gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud yang melanda negara berkenaan pada awal 6 Februari lalu.

Namun, kini, katanya, keadaan terkawal.

“Kita sedang menghadapi salah satu bencana alam yang paling buruk bukan sahaja dalam negara kita, tetapi juga dalam sejarah umat manusia,” kata Erdogan dalam ucapan yang disiarkan di Ankara.

Mereka yang diselamatkan semalam termasuk dua beradik lelaki, berusia 17 dan 21 tahun, ditarik dari blok apartmen di wilayah Kahramanmaras.

Seorang lelaki dan wanita Syria bertudung harimau di Antakya diselamatkan selepas lebih 200 jam dalam runtuhan.

Mungkin masih ada lagi orang yang masih hidup untuk ditemukan, kata seorang penyelamat.

Tetapi pihak berkuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, fasa menyelamat akan berakhir dengan tumpuan beralih kepada fasa kemanusiaan meliputi tempat tinggal, makanan dan persekolahan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya