Taufan Gabrielle: NZ sedia tempat simpan mayat sementara

Taufan Gabrielle: NZ sedia tempat simpan mayat sementara

GAMBAR pemandangan udara menunjukkan kerosakan akibat Taufan Gabrielle di Lembah Esk berhampiran Napier. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAURANGA: Pihak berkuasa di New Zealand menyediakan dua tempat penyimpanan mayat sementara ketika angka kematian akibat Taufan Gabrielle semakin meningkat di negara itu.

Menurut jurucakap polis, tempat simpan mayat sementara itu disediakan di bandar Napier dan Hastings sebagai sebahagian prosedur standard dalam usaha menangani kes kematian dalam situasi kecemasan.

“Kemudahan itu disediakan sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan mana-mana kes kematian boleh diuruskan dengan teliti dan penuh hormat, mengikut proses koronal.

“Mayat mangsa akan ditempatkan di fasiliti itu sebelum dibawa ke bilik mayat,” katanya.    

Taufan Gabrielle yang membadai New Zealand minggu lalu, turut mencetuskan banjir dan tanah runtuh secara meluas di bahagian utara negara itu.

Bencana itu mengakibatkan bekalan elektrik terputus di seluruh bandar, memusnahkan ladang, jambatan dan ternakan serta rumah penduduk ditenggelami air.

Malah, lebih 10,000 penduduk dipindahkan dari kediaman masing-masing sejak minggu lalu.   

Dianggarkan ribuan penduduk lagi masih gagal dikesan.

Taufan Gabrielle disifatkan sebagai bencana paling buruk abad ini bagi New Zealand.  

 Semalam, kerajaan New Zealand melanjutkan tempoh darurat yang diisytiharkan baru-baru ini apabila Taufan Gabrielle semakin memburuk sehingga menyebabkan kerosakan meluas di seluruh negara.

Perdana Menteri Chris Hipkins berkata, tempoh darurat dilanjutkan tujuh hari lagi bagi membantu usaha pemulihan dan bantuan.

Menurut Hipkins, taufan berkenaan menyebabkan kerosakan pada skala yang belum pernah berlaku di negara itu lebih 20 tahun lalu. 

Selain itu, kerajaan New Zealand juga mengumumkan pakej bantuan kecemasan berjumlah AS$186 juta (RM823 juta) ketika pegawai menjangkakan kos akhir akibat taufan dahsyat itu boleh meningkat melebihi AS$8 bilion (RM35.4 bilion). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.