Syarikat Jepun cipta baju `bean bag'

Syarikat Jepun cipta baju `bean bag’

BEAN bag itu membolehkan individu duduk atau berbaring dengan selesa pada bila-bila masa sahaja. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebuah syarikat pakaian di Jepun baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila memperkenalkan ciptaan baharunya berupa `bean bag’ khas yang boleh dipakai di tubuh dan dibawa ke mana-mana sahaja.

Bean bag keluaran syarikat Takikou yang berpangkalan di wilayah Aichi, Jepun itu, membolehkan individu duduk atau berbaring dengan selesa pada bila-bila masa sahaja.   

Lapor Oddity Central, hasil ciptaan luar biasa syarikat Takikou itu menjadi tajuk utama berita kebanyakan media antarabangsa baru-baru ini.

Jurucakap syarikat, Shogo Takikawa berkata, ciptaan bean bag boleh pakai itu diilhamkan daripada `idea kusyen yang memberikan tahap keselesaan tinggi’.

“Konsep ini diinspirasikan daripada idea kusyen yang membolehkan individu mendapat keselesaan sepenuhnya pada bila-bila masa mahupun di mana-mana sahaja.       

“Individu boleh memakai bean bag ini sambil bersantai di ruang tamu atau di banyak tempat, atas sebab itu kami mencipta produk ini,” katanya. 

Dilaporkan, bean bag boleh pakai itu sudah berada di Jepun sejak beberapa bulan lalu.

Namun, produk itu mencuri tumpuan ramai baru-baru ini selepas satu video menunjukkan seorang individu sedang memakai bean bag tersebut, menjadi tular dalam laman media sosial.

Sejak itu, berita mengenai bean bag unik itu disiarkan di televisyen tempatan di Jepun.  

Produk itu terdapat dalam tiga saiz berbeza dan pelbagai warna.

Bean bag yang ditawarkan untuk orang dewasa adalah seberat kira-kira 5 kilogram (kg). 

Bean bag boleh pakai itu dijual pada harga AS$60 (RM261) bagi saiz kecil, manakala AS$74 (RM322) versi sederhana dan AS$119 (RM519) untuk yang besar.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya