Salji luar biasa jejas penduduk Himalaya India  - Utusan Malaysia

Salji luar biasa jejas penduduk Himalaya India 

KEADAAN sekitar Sungai Jhelum ketika dilanda salji lebat di Srinagar. - AFP    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Salji lebat melanda beberapa bahagian di utara India sehingga menjejaskan kehidupan harian penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.

Memetik laporan BBC, di kawasan Kashmir yang ditadbir India, salji tebal menyelubungi sebahagian besar wilayah sehingga mengganggu operasi pengangkutan jalan raya, kereta api dan udara.

Malah, cuaca sejuk ekstrem itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di kawasan tersebut.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran runtuhan salji untuk 10 daerah di wilayah berkenaan.

Sebahagian Tasik Dal yang merupakan tasik terkenal dan terbesar di bandar Srinagar dilaporkan beku dilitupi salji.  

Cuaca sejuk melampau itu turut menjejaskan perjalanan beberapa pemimpin parti Kongres yang berada di wilayah itu sebagai sebahagian acara `perarakan perpaduan’ sepanjang 4,000 kilometer (km) merentasi India.

Ahli Parlimen Kongres, Jairam Ramesh dalam satu ciapan memaklumkan beberapa wakil rakyat tidak dapat menghadiri sesi bajet dibentangkan di Parlimen selepas semua penerbangan dari Srinagar terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk.  

Di Himachal Pradesh pula, pihak berkuasa berkata, beberapa lebuh raya dan jalan utama terpaksa ditutup selepas salji lebat tanpa henti melanda kawasan itu.

Situasi sama berlaku di negeri jiran, Uttarakhand yang menyaksikan aliran trafik di lebuh raya utama terganggu selama beberapa jam selepas salji terkumpul di sepanjang jalan.

Bagaimanapun, agensi meteorologi menjangkakan keadaan mungkin bertambah baik selepas ini.      

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya