Russia minat kepakaran semikonduktor Malaysia

Russia minat kepakaran semikonduktor Malaysia

PERTUKARAN kerajaan boleh menyebabkan banyak pelabur lari terutamanya dalam sektor perindustrian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Russia berminat dengan kepakaran Malaysia dalam industri semikonduktor dan peranti elektronik selain merancang untuk menjalin kerjasama perniagaan dalam bidang-bidang berkenaan.

Selain itu, kepakaran Malaysia dalam sekuriti siber turut menarik perhatian benua terbesar dunia itu yang dipuji mencapai piawaian tinggi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Duta Russia ke Malaysia, Naiyl M. Latypov berkata, kepakaran yang dimiliki Malaysia dalam bidang-bidang berkenaan adalah setanding dengan negara-negara barat.

PENERAJU SEMIKONDUKTOR
Malah, pihaknya sudah lama memerhati dan menilai keupayaan Malaysia yang menjadi peneraju dalam industri semikonduktor di rantau Asia Tenggara.

“Saya mendapat tahu terdapat syarikat-syarikat besar dari barat yang melabur dalam industri semikonduktor di negara ini. Malah, saya difahamkan terdapat lebih 600 syarikat dari Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan produk semikonduktor di sini bersama-sama syarikat Malaysia. Begitu juga dengan syarikat Jepun dan Jerman.

“Sehubungan itu, kami berminat untuk bekerjasama de­ngan Malaysia berdasarkan pe­ngalaman dan kepakaran yang dimiliki itu,” katanya.

PERANTI MALAYSIA MURAH
Bercakap mengenai peranti elektronik, Naiyl memberitahu, peranti elektronik buatan Malaysia adalah jauh lebih murah serta berpatutan berbanding keluaran Jepun, Taiwan dan Korea Selatan.

Malah, kualiti yang dihasilkan di sini juga terjamin.

“Suatu masa dahulu, ketika saya berkhidmat di Jepun, saya dan rakan-rakan membeli bara­ngan elektronik seperti perakam suara, radio dan lain-lain. Pada waktu itu, kami amat skeptikal dan sentiasa memastikan dari mana buatan barangan tersebut sama ada dari Taiwan, Hong Kong, Singapura atau Malaysia.

“Kini, semuanya sudah berubah, apabila membeli barangan Malaysia, saya berpuas hati kerana kualitinya terjamin dan sangat baik, katanya.

Mengenai kepakaran dalam sekuriti siber, pakar-pakar sekuriti dari Russia turut memuji Malaysia yang sudah me­nempa kejayaan dalam bidang berkenaan.

Hal ini dilihat melalui persidangan yang diadakan di Kuala Lumpur iaitu Persidangan Antarabangsa Sibersekuriti 2019.

“Pakar-pakar kami memuji kebolehan dan pencapaian Malaysia. Sekuriti siber amat pen­ting dalam sektor perbankan, ekonomi dan kewangan. Jadi, kami berminat untuk bekerjasama dalam bidang ini bagi memastikan keselamatan negara lebih terjamin,” menurutnya.

Naiyl menambah, Russia juga mahu memastikan hubungan perdagangan yang terjalin memberi manfaat bersama.

Sehubungan itu, jelasnya, negaranya amat berminat untuk membuka kilang pengeluaran berdasarkan produk makanan di negara ini menerusi koridor-koridor ekonomi yang ditawarkan seperti Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Iskandar Malaysia di selatan Semenanjung.

Katanya, Russia mempunyai sumber mentah yang banyak dan berkualiti seperti bijirin, tenusu dan daging yang diiktiraf halal oleh agensi agama Islam di Russia untuk diproses di negara ini.

“Kami bersedia untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi mendapatkan pengiktirafan halal di negara ini,” ujarnya.

Selain itu, pihaknya juga berminat untuk membuka kilang memproses petrokimia di sini khususnya dalam menghasilkan produk-produk plastik.

BOT LAJU RUSSIA
Beliau juga mendapati Malaysia mempunyai banyak pulau yang cantik. Sehubungan itu, beliau bercadang untuk membawa teknologi bot laju Russia (flying boat) ke negara ini.

Bot laju berkenaan mampu membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dalam tempoh kira-kira dua jam sahaja.

“Jika menggunakan jalan darat, jarak di antara ke dua-dua destinasi berkenaan mengambil masa kira-kira lima jam. Jika menerusi penerbangan, mengambil kira tempoh daftar masuk, menunggu perlepasan dan sebagainya juga mengambil tempoh yang lama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya