Nyamuk kalis racun serangga dikesan di Afrika

Nyamuk kalis racun serangga dikesan di Afrika

NYAMUK boleh menyebabkan lebih banyak jangkitan kerana ia mampu membiak pada musim hujan dan kering. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Penyelidik Kenya mengesan spesies nyamuk berasal dari Asia Selatan yang kalis terhadap racun serangga di benua Afrika.

Pakar dari Institut Penyelidikan Perubatan Kenya (Kemri) mengenal pasti nyamuk berkenaan iaitu spesies anopheles stephensi semasa melakukan pengawasan rutin di daerah utara Marsabit.

Data dari hospital di Kenya juga menunjukkan peningkatan kes malaria walaupun ia bukan musim biasa untuk penyakit itu kerana nyamuk tempatan tidak boleh hidup di kawasan kering.

Nyamuk invasif ini dikatakan boleh membiak dalam kedua-dua musim kering dan hujan dan boleh membiak di mana-mana sahaja. 

Di negara lain, larvanya ditemukan dalam bekas air di pusat bandar.

Pakar bimbang bahawa penularan malaria kini akan berterusan sepanjang tahun dan bukannya bermusim.

Ketua Pengarah Kemri, Dr. Samuel Kariuki berkata, malangnya, pengesanan di Kenya mungkin diterjemahkan kepada penularan malaria yang lebih tinggi di kawasan bandar dan pinggir bandar. 

Katanya, hal ini menyukarkan untuk membasmi malaria yang merupakan antara pembunuh utama kanak-kanak di bawah lima tahun.

Para penyelidik juga menggesa rakyat Kenya menggunakan alat kawalan malaria sedia ada seperti tidur di bawah kelambu, penggunaan penghalau nyamuk dan memakai pakaian lengan panjang untuk mengelakkan gigitan nyamuk.

Di Afrika, nyamuk itu mula dikesan di Djibouti 10 tahun lalu dan kini dikesan di Ethiopia, Sudan, Somalia dan Nigeria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya