Korea Utara uji lagi dua roket ugut AS-Korea Selatan

Korea Utara uji lagi dua roket ugut AS-Korea Selatan

ORANG ramai duduk berhampiran televisyen yang menyiark berita dengan rakaman fail ujian peluru berpandu Korea Utara, di stesen kereta api Seoul. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara melancarkan dua roket dari pelancar terbaharunya yang didakwa mampu membuat serangan nuklear taktikal dan boleh menewaskan seluruh pangkalan udara musuh.

Ia adalah pelancaran senjata kedua Korea Utara dalam tempoh 48 jam selepas peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang paling berkuasa diuji pada Sabtu lalu.

Pelancaran senjata pada Sabtu lalu adalah sebagai tindak balas kepada latihan ketenteraan yang dirancang Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan.

Semalam, Jepun berkata, ICBM meletus di zon ekonomi eksklusifnya dan perkara itu mendorong AS dan Korea Selatan untuk mengadakan latihan udara secara bersama, semalam.

Menurut laporan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), Pyongyang berkata, Tentera Rakyat Korea menjalankan latihan hari ini sebagai tindak balas kepada latihan bersama AS dan Korea Selatan itu.

“Melalui latihan tembakan hari ini dengan penglibatan pelancar roket yang besar menunjukkan kesediaan penuh untuk menghalang dan akan menentang latihan udara bersama AS-Korea Selatan, kata KCNA.

Sementara itu, Tentera Korea Selatan berkata, mereka mengesan pelancaran dua peluru berpandu balistik jarak dekat hari ini pada pukul 7.00 hingga 07.11 pagi (waktu tempatan).

Adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un yang berkuasa memberi amaran bahawa negaranya sedang memantau dengan teliti tindakan Washington dan Seoul yang menempatkan lebih banyak aset strategik AS ke rantau itu.

Kim Yo Jong berkata, pihaknya turut berikrar bahawa tindak balas yang sepadan akan diambil jika Pyongyang menganggap langkah sedemikian sebagai ancaman.

“Kekerapan menggunakan Lautan Pasifik sebagai jarak tembakan kami juga bergantung pada watak tindakan tentera AS,” kata Yo Jong dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh KCNA. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN