Korea Utara alami krisis makanan

Korea Utara alami krisis makanan

KOREA Utara dilaporkan mengalami krisis makanan yang teruk. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara kini berdepan dengan krisis makanan kritikal.

Pakar memberitahu, negara ini dikatakan tidak asing dengan masalah kekurangan makanan yang kronik.

Malah, kawalan sempadan, cuaca buruk dan sekatan komuniti memburukkan keadaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pegawai tertinggi Korea Utara dijangka bermesyuarat pada akhir Februari ini untuk membincangkan mengenai perubahan asas dasar pertanian.

Lapor berita KCNA Watch, ini adalah tugas yang sangat penting dan mendesak di tengah-tengah isu pertanian yang kritikal.

Berita mengenai krisis makanan ini muncul ketika Pyongyang meneruskan paparan kekuatan tenteranya.

Kementerian penyatuan Korea Selatan dilaporkan turut memberi amaran mengenai kekurangan makanan dan meminta bantuan Program Makanan Sedunia (WFP).

Imej satelit daripada pihak berkuasa Korea Selatan juga menunjukkan bahawa Korea Utara menghasilkan kurang 180,000 tan metrik makanan pada 2022 berbanding 2021.

Pada bulan Jun, WFP menimbulkan kebimbangan bahawa keadaan cuaca yang melampau seperti kemarau dan banjir boleh mengurangkan pengeluaran kedua-dua tanaman musim sejuk dan musim bunga.

Media kerajaan juga melaporkan pada akhir tahun lalu bahawa negara itu mengalami kemarau kedua terburuk dalam sejarah.

Benjamin Katzeff Silberstein, yang bekerja dengan penerbitan berpusat Korea Utara 38North.org berkata, seperti diramalkan, harga makanan terus meningkat pada tahun ini pada waktu penuaian yang lemah selain orang ramai beralih kepada alternatif yang murah.

“Jika orang ramai membeli lebih banyak jagung, ia bermakna makanan secara keseluruhan semakin mahal dan makanan ruji seperti beras khususnya.

“Sekilogram tanaman itu kini berharga kira-kira AS$3.80 (RM16.85), kata Silberstein.

Lapor Rimjin-gang, sebuah majalah Korea Utara yang berpangkalan di Jepun, harga jagung dikatakan meningkat 20 peratus pada awal tahun 2023 dengan permintaan yang semakin meningkat berbanding beras yang juga menjadi makanan ruji.

Korea Utara disenaraikan sebagai salah sebuah negara termiskin di dunia.

CIA World Factbook menganggarkan keluaran dalam negara kasar per kapitanya sekitar $1,700 pada 2015.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.