Ketua Kampung di Gowa pulang wang suapan beli lori sampah  - Utusan Malaysia

Ketua Kampung di Gowa pulang wang suapan beli lori sampah 

WANG rasuah pembelian lori sampah bernilai jutaan rupiah dikembalikan kepada Pejabat Peguam Negara Gowa baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAKASSAR: Puluhan ketua kampung di wilayah Gowa di Sulawesi Selatan mengembalikan semula wang suapan yang diterima menerusi pembelian lori sampah di kampung mereka.

Lapor CNN Indonesia, wang yang dikatakan sebagai ganjaran itu dibuktikan hasil daripada perbuatan jenayah rasuah.

Ketua Pendakwa Raya Gowa, Yeni Adriani berkata, seramai 29 ketua kampung memulangkan semula dana itu selepas terdapat dakwaan pemberian ganjaran dalam menyediakan lori sampah di 121 kampung di wilayah tersebut.

Jelas beliau, setiap ketua kampung menerima 20 juta rupiah (RM5,806) manakala jumlah yang dikembalikan kini berjumlah 580 juta rupiah (RM168,405).

Yeni berkata, masih terdapat 92 lagi ketua kampung yang tidak memulangkan dana tersebut kepada Pejabat Peguam Negara Gowa.

Dalam kes dakwaan rasuah perolehan lori sampah, pihak pendakwa telah menamakan lima suspek dengan jumlah kerugian negara sebanyak 9 bilion rupiah (RM2.6 juta).

Ketua Kampung Erelembang, Putra Ayarif mengakui menerima wang itu daripada suspek yang merupakan pembekal lori sampah berkenaan.

“Duit itu kami terima setelah mendapat panggilan telefon daripada suspek dan diberikan di tepi jalan sebagai tanda terima kasih. Tetapi saya sudah pulangkan wang itu yang berjumlah 29 juta rupiah (RM8,409),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya