Kes kematian Nichols: Seorang lagi pegawai polis dipecat - Utusan Malaysia

Kes kematian Nichols: Seorang lagi pegawai polis dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Polis Memphis memaklumkan pihaknya memecat pegawai keenam yang terlibat dalam kes kematian seorang lelaki kulit hitam, Tyre Nichols.

Polis Memphis menerusi kenyataan memaklumkan Preston Hemphill didapati melanggar beberapa polisi jabatan termasuk berhubung kelakuan peribadi dan peraturan penggunaan pistol Taser.

Dilaporkan, Hempill digantung kerja sejak polis mula menjalankan siasatan namun perkara itu tidak didedahkan kepada umum.

Pegawai polis kulit putih itu sudah berkhidmat dengan pasukan polis di selatan Amerika Syarikat (AS) sejak tahun 2018.

Isnin lalu, pihak berkuasa memaklumkan dua anggota polis telah dikenakan tindakan tatatertib selain tiga responden kecemasan diberhentikan disebabkan peranan mereka dalam kekerasan dan penahanan Nichols.

Ia menyusul selepas lima pegawai polis yang terlibat dalam kematian Nichols, dipecat dan didakwa atas tuduhan jenayah termasuk pembunuhan tahap kedua.

Kesemua lima pegawai itu berasal dari pasukan polis khusus dikenali sebagai unit Scorpion.

Nichols, 29, berketurunan Afrika-Amerika meninggal dunia bulan lalu akibat dipukul teruk oleh anggota polis.

Ketika kejadian, mangsa diarahkan berhenti oleh polis Memphis di sebuah kawasan hentian pada 7 Januari lalu atas alasan memandu secara melulu.

Selepas Nichols cuba melarikan diri, polis bertindak kasar dengan memukul, menendang dan menumbuk mangsa sehingga dia rebah di tepi jalan.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia pada 10 Januari lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya