Jong-un gerakkan tenaga kerja muda laksana projek perumahan baharu     - Utusan Malaysia

Jong-un gerakkan tenaga kerja muda laksana projek perumahan baharu    

KIM Jong-un (tengah) menghadiri majlis pecah tanah bagi pembinaan jalan baharu di Sopho, Pyongyang. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menggerakkan tenaga kerja muda di negara itu bagi melaksanakan projek pembangunan perumahan baharu di Pyongyang. 

Keputusan itu dibuat ketika Jong-un merancang untuk membina sebanyak 50,000 unit rumah baharu di ibu negara itu walaupun berdepan ketidakstabilan ekonomi.

Agensi berita rasmi KCNA melaporkan Jong-un menghadiri majlis pecah tanah projek pembinaan perumahan di daerah Sopo di Pyongyang, bersama ribuan tenaga kerja belia.    

Menurut Jong-un, projek perumahan itu menghadapi `cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini’.

Katanya, beliau menggerakkan kumpulan tenaga kerja muda dikenali sebagai  dolgyeokdae atau ‘Shock Brigade’ dalam inisiatif infrastruktur itu.

Selain itu, Jong-un berhasrat membina kira-kira 4,100 buah rumah, sebagai tambahan kepada 10,000 pangsapuri yang dilancarkan baru-baru ini di daerah Sopo.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kira-kira 100,000 lelaki muda yang menawarkan diri untuk menyertai perancangan itu.     

Pada tahun 2021, Jong Un mendedahkan rancangannya membina 50,000 unit rumah baharu di Pyongyang menjelang 2025, malah media kerajaan melaporkan sebanyak 10,000 pangsapuri baharu pertama sudah siap sepenuhnya tahun lalu termasuk bangunan pencakar langit setinggi 80 tingkat. 

Pelan itu dibuat selepas Korea Selatan memberi amaran mengenai krisis makanan yang semakin meruncing di kawasan utara, di tengah-tengah sekatan terhadap program senjatanya dan kesan akibat perintah berkurung berikutan Covid-19, termasuk peningkatan kes kematian akibat kebuluran di beberapa kawasan luar bandar baru-baru ini.

Bagaimanapun, Korea Utara masih belum mengesahkan bahawa negara itu mengalami krisis makanan yang kritikal.   

Parti pemerintah dijangka mengadakan mesyuarat pada akhir bulan ini untuk membincangkan mengenai pembangunan pertanian selain menyifatkannya `tugasan yang amat penting’. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya