Jokowi puji Heru pantas selesai isu projek saliran Sungai Ciliwung - Utusan Malaysia

Jokowi puji Heru pantas selesai isu projek saliran Sungai Ciliwung

KAKITANGAN pembinaan menjalankan kerja-kerja projek saliran air banjir Sungai Ciliwung di Jatinegara di Jakarta.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kecekapan Pemangku Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono dalam menyiapkan projek saliran air banjir Sungai Ciliwung mendapat pujian daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Lapor Kompas.com, usaha menyambung semula pembinaan terusan itu yang tergendala selama lebih enam tahun tidak terlepas daripada bantuan kerajaan pusat melalui Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam (PUPR).

Projek berkenaan memerlukan bajet untuk pengambilan tanah kerana pembinaan saluran air di Kebon Nanas terhalang oleh beberapa rumah milik penduduk.

Kerajaan Wilayah Jakarta ditugaskan untuk mengumpul data  penduduk yang terjejas akibat pengambilan tanah dan menyediakan perumahan untuk mereka yang terlibat.

Ketua Badan Perumahan dan Permukiman Rakyat (DPRKP) Jakarta, Sarjoko berkata, seramai 24 keluarga di Kebon Nanas telah dipindahkan ke rumah pangsa sewa di Cipinang Besar Rusunawa Utara, di Jakarta Timur.

Walaupun bajet untuk pengambilan tanah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat, Heru dianggap telah memainkan peranan besar dalam meyakinkan penduduk untuk melepaskan tanah mereka.

Presiden Jokowi turut mengakui terkejut dengan kepantasan proses pengambilan tanah sedangkan Heru baru sahaja memegang jawatan tersebut pertengahan Oktober lalu. 

“Saya terkejut juga Heru berjaya melakukannya. Saya tidak tahu apa pendekatannya, tetapi sudah selesai. Jadi saya datang ke sini kerana sudah siap,” kata Jokowi selepas meninjau projek berkenaan Selasa lalu.

Heru berkata, beliau menghubungi Yayasan Trisakti serta sebilangan penduduk yang memiliki tanah berkenaan dan mengadakan perbincangan dengan mereka.

“Saya meyakinkan penduduk bahawa pembinaan saluran di Sungai Ciliwung amat penting supaya Jakarta bebas daripada banjir.

“Saya berterima kasih kepada penduduk di kawasan sekitar yang mahu berpindah ke pangsapuri yang disediakan untuk manfaat projek di Jakarta. Apa yang penting mereka menyokong dan melakukannya dengan baik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya