Itali longgar peraturan kawalan Covid-19 bagi pelancong China - Utusan Malaysia

Itali longgar peraturan kawalan Covid-19 bagi pelancong China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Kerajaan Itali akan melonggarkan beberapa peraturan kawalan Covid-19 bagi pelancong yang tiba dari China.

Menurut satu dokumen didedahkan, peraturan itu antara lain membenarkan pelancong melakukan ujian saringan Covid-19 rawak dan bukannya secara mandatori di lapangan terbang.

Di bawah perintah baharu ditandatangani oleh Menteri Kesihatan, Orazio Schillaci, Itali mewajibkan individu yang tiba dari China melakukan ujian saringan Covid-19 dalam tempoh 48 jam selepas berlepas serta menjalani ujian saringan tambahan ‘secara rawak’ di lapangan terbang.

Pada 28 Disember lalu, Itali mewajibkan pelancong yang tiba dari China untuk melakukan ujian saringan Covid-19 dan penjujukan virus.

Perintah baharu itu berkuatkuasa hari ini dan sah sehingga akhir bulan ini.

Pendirian Itali berbeza dengan Perancis yang baru-baru ini melanjutkan ujian saringan Covid-19 mandatori bagi pelancong dari China sehingga 15 Februari depan.

Skala wabak di China dan data rasmi menimbulkan keraguan sehingga mendorong banyak negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Jepun mengenakan peraturan kemasukan terhadap pelancong dari negara itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya