Garuda Indonesia didesak benarkan pramugari bertudung - Utusan Malaysia

Garuda Indonesia didesak benarkan pramugari bertudung

GARUDA Indonesia didesak benarkan pramugari beragama Islam memakai hijab.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Terdapat desakan supaya pramugari syarikat penerbangan Garuda Indonesia dibenarkan memakai hijab ketika bertugas sebagai kru kabin.

Desakan itu mendapat sokongan Timbalan Presiden, Ma’ruf Amin selepas persoalan ditimbulkan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Parti Gerindra, Andre Rosiade yang menghargai lembaga pengarah dan pengurusan Garuda Indonesia kerana terus mencatatkan peningkatan prestasi.

Bagaimanapun, Andre meminta syarikat itu membenarkan pramugarinya memakai hijab dan menekankan peraturan mengenai etika berpakaian untuk kru kabin terutamanya bagi kakitangan wanita.

Katanya, sebagai sebuah syarikat penerbangan kebanggaan negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, beliau melihat Garuda Indonesia tidak menyediakan peraturan untuk pramugari yang berhijab secara menyeluruh.

“Indonesia adalah negara dengan majoriti penduduk Islam. Kita boleh lihat dalam pelbagai syarikat penerbangan swasta lain sudah ramai pramugari yang berhijab. Tetapi di Garuda Indonesia, masih ada peraturan yang menghalang pramugari mengenakan busana muslimah dan berhijab untuk menutup aurat.

“Walaupun Gerindra bukan parti Islam, Gerindra memahami aspirasi rakyat Indonesia yang majoritinya beragama Islam.

“Kami mahu memperjuangkannya dan meminta pihak pengurusan Garuda Indonesia dan kakitangan menilai semula peraturan cara berpakaian untuk kru kabin yang ingin menjalankan kewajipan menutup aurat dan berhijab,” kata Andre.

Dalam pada itu Ma’ruf Amin berkata, beliau akan membuat pemeriksaan sama ada peraturan larangan berhijab benar-benar wujud dalam syarikat penerbangan itu.

Katanya, larangan pemakaian hijab bagi pramugari adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.