Bantuan IMF: Pakistan bentang RUU kewangan AS$643 juta

Bantuan IMF: Pakistan bentang RUU kewangan AS$643 juta

BEBERAPA buruh bekerja di kilang keluli di kawasan perindustrian Islamabad. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Kerajaan Pakis­tan membentangkan rang undang-undang (RUU) kewangan bernilai 170 bilion Rupee (AS$643 juta bersamaan RM2.85 bilion) untuk membantu negara yang kini terjerumus dalam masalah kewa­ngan bagi mendapatkan dana Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Lapor Al Jazeera, dibentangkan di Parlimen pada petang Rabu lalu oleh Menteri Kewangan, Ishaq Dar, langkah itu termasuk menaikkan cukai jualan am kepada 18 peratus serta kenaikan harga bahan api dan gas, awal ming­gu ini.

Langkah itu juga sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memenuhi syarat pemberi pinjaman global untuk pelepasan peringkat pinjaman AS$1.1 bilion (RM4.87 bilion) yang sepatutnya dibayar pada November 2022.

RUU itu turut dibentangkan untuk dibahaskan dalam Se­nat Pakistan iaitu dewan atasan Parlimen semalam.

Ishaq berkata, beliau menjangkakan RUU itu diluluskan pada awal minggu depan.

Kerajaan dikatakan berbuat demikian selepas de­legasi IMF melawat Pakistan akhir bulan lalu bagi membincangkan mengenai penilaian kesembilan program penyelamatan (bailout) sebanyak AS$6.5 bilion (RM28.8 bilion) yang Pakistan sertai pada 2019.

Walaupun kerajaan gagal menandatangani perjanjian peringkat kakitangan dengan pasukan IMF selepas 10 hari rundingan, dijangka kelulusan RUU itu membolehkan IMF membuka kunci ansuran sebanyak AS$1.1 bilion (RM4.87 bilion).

Pakistan dapat mempe­roleh peringkat pembiayaan sebelumnya sebanyak AS$1.17 bilion (RM5.2 bilion) pada Ogos tahun lalu selepas IMF meluluskan semakan ketujuh dan kelapan pakej itu dengan bank pusat itu memiliki lebih daripada AS$8 bilion (RM35.42 bilion) dalam rizab asing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN