AS kritik China sebabkan pengawal pantai Filipina buta

AS kritik China sebabkan pengawal pantai Filipina buta

GAMBAR yang diterbitkan oleh Pengawal Pantai Filipina pada 13 Februari 2023 menunjukkan kapal Pengawal Pantai China menerangi bot Filipina dengan laser gred tentera pada 6 Februari, berhampiran Second Thomas Shoal, sebahagian daripada Kepulauan Spratly. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengkritik tindakan China yang dilaporkan menyuluh lampu laser gred tentera terhadap kru kapal pengawal pantai Filipina di Laut China Selatan minggu lalu.

Tindakan itu menyebabkan kru kapal itu buta buat sementara waktu.

Jabatan Negara, Ned Price berkata, kelakuan pengawal pantai China adalah provokatif dan tidak selamat sehingga mengakibatkan kebutaan sementara anak kapal.

“AS berdiri bersama sekutu Filipina kami dalam mendepani laporan pengawal pantai republik rakyat China menggunakan peranti laser terhadap anak kapal pengawal pantai Filipina,” kata Price.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada 6 Februari lalu hampir 20 kilometerdari Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly, di mana tentera marin Filipina ditempatkan, kata Pengawal Pantai Filipina.

Terdapat beberapa siri insiden maritim di antara Filipina dan China yang menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan sehingga mengabaikan keputusan mahkamah antarabangsa bahawa tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang.

Beberapa hari sebelum kejadian terbaharu ini, AS dan Filipina bersetuju untuk menyambung semula rondaan bersama di laut dan memeterai perjanjian untuk memberi akses kepada tentera AS empat lagi pangkalan tentera di negara Asia Tenggara itu.

Price berkata, tingkah laku operasi berbahaya China secara tidak langsung mengancam keamanan dan kestabilan serantau, melanggar kebebasan pelayaran di Laut China Selatan dan menjejaskan ketenteraman antarabangsa berasaskan peraturan. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya