AS dakwa `belon pengintip' kedua China dikesan Amerika Latin - Utusan Malaysia

AS dakwa `belon pengintip’ kedua China dikesan Amerika Latin

JURUCAKAP Pentagon, Pat Ryder. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu lagi belon pengintip dipercayai milik China dikesan berada di ruang udara Amerika Latin.

Ia berlaku sehari selepas belon udara yang sama dilihat terbang tinggi melintasi ruang udara Amerika Syarikat (AS).

Insiden itu sekali gus menyebabkan lawatan rasmi Setiausaha Negara AS, Antony Blinken ke China terpaksa dibatalkan.

Menurut Pentagon, belon pertama itu kini menuju ke arah timur di tengah AS.

Jelasnya, belon itu tidak ditembak jatuh atas faktor keselamatan.

Jurucakap Pentagon Pat Ryder berkata, pihaknya menerima laporan mengenai belon melintasi Amerika Latin.

“Kami memutuskan ia adalah satu lagi belon pengawasan,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai kehadiran belon pengintip itu mahupun lokasi tepatnya.

Terdahulu, China mengakui objek yang berlegar-legar di ruang udara di negeri Montana merupakan belon udara milik negara itu yang digunakan untuk tujuan kaji cuaca.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataan memaklumkan belon itu menyimpang keluar dari laluan perjalanan yang dirancang.

Menurut kenyataan itu, China menyatakan kekesalan bahawa belon udara yang digunakan bagi tujuan meteorologi dan misi saintifik tersasar ke ruang udara AS. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya