WHO gesa China kongsi data sebenar Covid-19 - Utusan Malaysia

WHO gesa China kongsi data sebenar Covid-19

WHO meminta China mengemukakan data Covid-19 yang lebih lengkap ketika ramai rakyatnya mula melakukan perjalanan ke luar negara.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan pegawai China perlu berkongsi lebih banyak maklumat terkini tentang Covid-19 di negara itu ketika jangkitan semakin meningkat dan penduduknya dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara.

Lapor BBC, banyak sekatan ketat negara itu telah ditarik balik sejak beberapa minggu lalu, tetapi kes yang meningkat menyebabkan beberapa negara kini sedang menyaring pelancong dari China.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas perbincangan dengan pegawai China, pegawai WHO menegaskan mereka mahu melihat lebih banyak data mengenai kemasukan ke hospital, kemasukan unit rawatan rapi, jumlah kematian serta angka mengenai vaksinasi.

“WHO sekali lagi meminta perkongsian tetap data khusus dan kemaskini sebenar mengenai situasi epidemiologi serta status vaksinasi, terutamanya kepada individu berisiko dan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

“Kami juga memahami mengapa beberapa negara mengenakan sekatan baharu ke atas mereka yang melakukan perjalanan dari China,” jelas kenyataan itu.

Agensi itu berkata, pihaknya bersedia untuk memberikan sokongan dalam bidang tersebut serta membantu menangani isu mengenai keraguan vaksin.

WHO juga menekankan kepentingan pemantauan dan penerbitan data yang tepat pada masanya untuk membantu China serta komuniti global merumuskan penilaian risiko yang tepat termasuk memaklumkan tindak balas yang berkesan.

Kumpulan penasihat teknikal WHO mengenai evolusi Covid-19 turut dilaporkan akan mengadakan mesyuarat Selasa ini  dan menjemput saintis China untuk membentangkan data terperinci mengenai penjujukan virus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.