Seorang juruterbang maut, jet pejuang terhempas di New Delhi - Utusan Malaysia

Seorang juruterbang maut, jet pejuang terhempas di New Delhi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Dua jet pejuang Tentera Udara India terhempas, mengorbankan seorang juruterbang, dalam insiden perlanggaran udara ketika sesi latihan di selatan ibu negara New Delhi.

Nahas itu melibatkan jet pejuang Sukhoi Su-30 buatan Russia, membawa dua juruterbang dan Mirage 2000 buatan Perancis.

Kedua-dua pesawat berlepas pada waktu pagi dari pangkalan udara Gwalior, kira-kira 50 kilometer (km) di timur lokasi sepatutnya kedua-duanya mendarat.

“Pesawat itu dalam misi latihan penerbangan operasi rutin,” kata tentera udara negara itu dalam satu kenyataan.

Jelas kenyataan itu, salah seorang daripada tiga juruterbang mengalami kecederaan parah.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca nahas.

Pegawai polis, Dharmender Gaur memberitahu, seorang lagi juruterbang ditemui tetapi cedera di hutan Padargarh.

“Kami telah menemui serpihan salah satu pesawat itu. Pesawat lain berkemungkinan jatuh lebih jauh dan kami telah menghantar pasukan untuk mencarinya,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.