VIDEO: Sempat buat FB live sebelum maut pesawat terhempas

VIDEO: Sempat buat FB live sebelum maut pesawat terhempas

SONU JAISWAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Satu rakaman video tular dalam media sosial memaparkan detik-detik terakhir penumpang berada di dalam pesawat Yeti Airlines sebelum ia terhempas dan mengorbankan 68 orang.

Sekumpulan empat rakan daripada lima penumpang warga India yang maut dalam nahas itu, dilaporkan sempat melakukan penstriman live di Facebook, beberapa minit sebelum pesawat itu terhempas di gaung semasa cuba mendarat di lapangan terbang di Pokhara.

VIDEO memaparkan seorang mangsa pesawat penumpang Yeti Airlines membuat siaran langsung Facebook Live sehingga pesawat itu terhempas. Video kredit: Facebook Screengrab

Lapor portal The Hindu, empat mangsa itu dikenal pasti sebagai Sonu Jaiswal, Anil Rajbhar, Abhishek Kushwaha dan Vishal Sharma serta berasal dari daerah Ghazipur di Uttar Pradesh.          

Dalam klip video berdurasi seminit 30 saat itu, empat rakan tersebut dilihat berasa teruja berkongsi pengalaman penerbangan, dengan seorang daripada mereka didengari ketawa sambil menyebut `Mauj Kar Di’ (berasa sangat seronok). 

Rakaman video itu turut memaparkan Sonu sedang merakam pemandangan di luar tingkap pesawat. 

Dalam video tersebut, logo Yeti Airlines kelihatan pada sayap kapal terbang itu dan iklan insuran Nepal dilihat pada bekalang tempat duduk penumpang dalam pesawat.

Pesawat itu dilihat mendarat normal sebelum skrin video Sonu secara tiba-tiba bertukar menjadi jingga dengan kedengaran jeritan penumpang ketika kabin pesawat bergegar.  

Rakaman itu terus bersiaran ketika kedengaran bunyi dentuman kuat sebelum kabin pesawat terbakar.

Sementara itu, Times of India melaporkan, seorang ahli keluarga mangsa, Rajat Jaiswal mengesahkan Sonu berada dalam pesawat Yeti Airlines yang terhempas.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat yang membawa 72 penumpang termasuk empat anak kapal dari Kathmandu cuba mendarat di lapangan terbang yang baru dibuka.

Dilaporkan, seramai 15 warga asing membabitkan lima warga India, empat rakyat Russia, dua warga Korea Selatan dan masing-masing seorang dari Ireland, Australia, Perancis serta Argentina. 

Sebahagian bangkai pesawat itu berada di lereng bukit, manakala sebahagian lagi terhempas ke dalam gaung di Sungai Seti. 

Setakat ini, punca kejadian itu masih belum diketahui lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya