Satu perempat tentera Britain obes - Utusan Malaysia

Satu perempat tentera Britain obes

HAMPIR 40,000 daripada 145,000 anggota tentera mengalami masalah berat badan berlebihan sejak lima tahun lalu. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu laporan mendedahkan seorang daripada empat anggota tentera di Britain mempunyai berat badan berlebihan atau diklasifikasikan sebagai obesiti berbahaya.

Lapor Daily Mail, pegawai atasan didakwa `gagal memimpin dan mengurus’ berhubung masalah berat badan berlebihan dalam kalangan anggota tenteranya.

Kira-kira 40,000 daripada jumlah 145,000 anggota tentera mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti dalam tempoh lima tahun lalu.

Laporan itu turut mendedahkan seramai 5,200 anggota tentera yang mempunyai berat badan berlebihan diberhentikan kerja kerana masalah kesihatan sejak tahun 2010.

Anggota tentera yang paling obes diarah keluar atas alasan masalah kesihatan selepas berat badannya mencecah hampir 190 kilogram (kg).

Dilaporkan, lebih 800 anggota tentera yang diberhentikan disebabkan masalah kesihatan mempunyai berat badan lebih 114kg.

Statistik Kementerian Pertahanan Britain mendedahkan lebih 1,100 anggota tentera menghidap diabetes Jenis 2, yang sering dikaitkan dengan masalah berat badan berlebihan.

Data juga menunjukkan seramai 1,113 anggota tentera turut mengalami tekanan darah tinggi dan lebih 100 anggota menghidap penyakit jantung.  

Tambah laporan itu, bagi menangani masalah berat badan dalam kalangan tentera, lebih 850 anggota telah diberi pil diet sejak tahun 2014.

Malah, lebih 60 anggota tentera pula sudah menjalani prosedur liposuction atau sedut lemak.

Sementara itu, bekas komander tentera Britain di Afghanistan, Kolonel Richard Kemp berkata, hampir setiap anggota tentera lelaki atau wanita menjadi obes ketika berkhidmat.

“Tiada alasan untuk kes sedemikian kecuali bagi mereka yang menghidap penyakit atau mengalami kecederaan yang mengakibatkan kegemukan.

“Ini menunjukkan kegagalan kepimpinan dalam kalangan pegawai atasan yang bertanggungjawab memastikan anggotanya kekal cergas dan sihat serta bersedia untuk berperang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya