Rakyat Brazil beri penghormatan terakhir kepada Pele - Utusan Malaysia

Rakyat Brazil beri penghormatan terakhir kepada Pele

ORANG ramai memberi penghormatan terakhir kepada legenda bola sepak, Pele di Vila Belmiro, Santos, Sao Paulo, Brazil. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Orang ramai dari seluruh Brazil menghadiri majlis memperingati Pele di stadium Vila Belmiro bagi memberikan penghormatan terakhir kepada legenda bola sepak negara itu.

Majlis itu diadakan di stadium tersebut yang merupakan gelanggang rasmi Santos FC, kelab Pele bermain dalam sebahagian besar kariernya.

Dilaporkan, ribuan peminat dan orang kenamaan dalam industri bola sepak hadir ke Vila Belmiro bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Pele yang juga digelar sebagai `O Rei’ atau Raja. 

Keranda mendiang diletakkan di tengah padang bagi membolehkan para peminatnya memberikan penghormatan dalam tempoh 24 jam sebelum perarakan di jalan sekitar Santos.      

Keranda Pele diselimuti dengan bendera Santos dan Brazil selain dihiasi dengan bunga berwarna putih termasuk jambangan bunga dari bintang bola sepak, Neymar.  

Dilaporkan, barisan sepanjang dua kilometer kelihatan di luar Stadium Vila Belmiro.

Malah, sebahagian besar penduduk yang hadir mengenakan pakaian jersi berwarna hitam dan putih Santos, yang dipopularkan oleh Pele di seluruh dunia.

Sementara itu, Presiden Brazil, Luiz Inacio da Silva mengetuai majlis memperingati ketika penduduk negara itu memberikan penghormatan terakhir kepada pemain terhebat sepanjang zaman. 

Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat kanser.

Majlis penghormatan bermula hari ini sehingga tamat esok dan keranda legenda bola sepak itu kemudiannya diarak melepasi kediaman ibu Pele yang berusia 100 tahun, Celeste.

Dari sana, keranda Pela akan di bawa ke Memorial Necropole Ecumenica yang akan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat. 

Pele akan dikebumikan di tempat pengebumian paling tinggi dengan ketinggian 14 tingkat. – AFP/AGENSI   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.