Psikik dakwa nahas pesawat mungkin cetus Perang Dunia Ketiga tahun ini - Utusan Malaysia

Psikik dakwa nahas pesawat mungkin cetus Perang Dunia Ketiga tahun ini

CRAIG Hamilton-Parker turut digelar `Nostradamus baharu'. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki psikik yang pernah meramalkan kemangkatan Ratu Britain, Ratu Elizabeth II dengan betul, kini tampil mendakwa nahas pesawat mungkin akan mencetuskan Perang Dunia Ketiga pada tahun ini.

Craig Hamilton-Parker yang turut digelar sebagai `Nostradamus baharu’ meramalkan nahas pesawat mengerikan akan berlaku di Taiwan yang mungkin mencetuskan permulaan Perang Dunia Ketiga pada 2023.

Memetik laporan Mirror, psikik itu turut menerangkan ramalannya sama ada akan berlaku insiden pertembungan antara dua kapal selam atau nahas antara dua pesawat.

Bercakap kepada Daily Star, Craig mendakwa insiden itu akan mencetuskan konflik lebih besar melibatkan China dan Russia, serta bakal menjadi `krisis paling serius untuk tempoh dua tahun akan datang’.

“Sudah lama saya merasakan ia akan menjadi konflik ke atas Taiwan, yang mungkin berlaku pada tahun ini.

“Konflik yang tidak disengajakan dalam beberapa hal kerana kita mungkin akan mengalami sesuatu seperti pelanggaran atau nahas,” katanya.

Kata Craig, insiden itu bakal menyaksikan nahas membabitkan kapal selam atau pesawat atau dicetuskan pihak tertentu serta tidak dapat dikawal.

Craig turut meramalkan skala konflik itu boleh berkembang menjadi besar sehingga perang di Ukraine kelihatan kecil berbanding masalah itu.

“Saya juga merasakan Russia akan menyebelahi China untuk menjadi negara sekutu dalam hal itu kerana ia akan menjejaskan Beijing dan memburukkan lagi keadaan.

“Itu yang menjadi kebimbangan utama saya,” katanya.

Sementara itu, Notradamus juga meramalkan `perang besar’ mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

Walaupun ramalan ahli nujum Perancis itu tidak merujuk pada sebarang tarikh tertentu, namun konflik Russia-China dan China-Taiwan yang berterusan menunjukkan perang mungkin berlaku pada tahun 2023.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya