Protes Covid-19: Puluhan penunjuk perasaan masih ditahan di penjara China - Utusan Malaysia

Protes Covid-19: Puluhan penunjuk perasaan masih ditahan di penjara China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Human Rights Watch (HRW) mendakwa puluhan penunjuk perasaan masih ditahan di penjara China selepas mengambil bahagian dalam protes anti-kerajaan pada tahun lalu.

Menurut badan pemerhati hak asasi manusia itu, sehingga kini, keberadaan beberapa individu itu masih tidak diketahui.

Dilaporkan, penunjuk perasaan mengadakan protes di beberapa bandar seluruh negara pada November tahun lalu bagi mendesak kerajaan China memansuhkan dasar sifar Covid-19 selain menuntut kebebasan politik.

Beberapa aktivis dan laporan media tempatan mendakwa, pihak berkuasa China secara `senyap-senyap’ menahan sejumlah penunjuk perasaan termasuk pelajar universiti dan pengamal media.

Justeru, HRW menggesa Beijing membebaskan segera penunjuk perasaan yang ditahan dan menggugurkan semua pertuduhan terhadap mereka kerana menyertai protes Covid-19 itu.

Penyelidik kanan China di HRW, Yaqiu Wang berkata, orang muda di China terpaksa `membayar harga yang tinggi’ kerana lantang memperjuangkan isu kebebasan bersuara dan hak asasi.

“Kerajaan dan institusi antarabangsa di seluruh dunia harus menunjukkan sokongan dan mendesak pihak berkuasa China membebaskan mereka dengan segera,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.