Poster penjenayah `kosong' tanpa nama, gambar - Utusan Malaysia

Poster penjenayah `kosong’ tanpa nama, gambar

POSTER penjenayah dikehendaki yang menjadi tular dalam laman media sosial. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Polis Santa Marta di Colombia baru-baru ini dikecam hebat selepas menyiarkan poster penjenayah kartel dadah yang dikehendaki tanpa menyebut nama mahupun gambar individu berkenaan.

Poster `kosong’ itu menjadi tular selepas dihebahkan kepada orang ramai bagi membantu mengesan keberadaan penjenayah tersebut.

Lapor Oddity Central, jabatan polis Santa Marta menguar-uarkan poster membabitkan 12 penjenayah paling dikehendaki di bandar itu pada 2 Januari lalu.

Informasi tertera dalam poster itu antara lain meminta bantuan penduduk tempatan untuk menyalurkan maklumat bagi membolehkan penahanan suspek penjenayah yang kesemuanya merupakan ahli kartel dadah Los Pachenca.

Kesemua 12 individu itu juga disyaki terlibat dalam beberapa siri perbuatan jenayah di Santa Marta sejak beberapa bulan kebelakangan ini. 

Namun, masalah timbul apabila poster diuar-uarkan itu hanya menyebut nama samaran suspek dan bukannya nama sebenar mereka berserta menggunakan reka bentuk grafik generik sama bagi semua gambar penjenayah.

“Ia adalah penting bagi penduduk membantu kami mengesan individu dikehendaki ini yang menjejaskan kehidupan di seluruh bandar.

“Kami juga akan memberi ganjaran wang tunai bagi maklumat disalurkan yang membolehkan kami mengesan lokasi mereka,” jelas poster itu.   

Dilaporkan, polis tidak menerima terlalu banyak petunjuk yang berguna disebabkan gagal mengemukakan maklumat yang lengkap di dalam poster berkenaan.

Malah, orang ramai turut mengecam jabatan polis itu kerana menghebahkan poster terbabit di negeri itu.

Susulan itu, jabatan polis Santa Marta menarik semula poster penjenayah dikehendaki itu sejurus selepas ciapan pertama yang mendapat kecaman warganet, mula menjadi tular dalam laman media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya