Penampilan pelik tahanan AS curi tumpuan - Utusan Malaysia

Penampilan pelik tahanan AS curi tumpuan

ANTARA gambar penampilan aneh tahanan di Amerika Syarikat (AS) yang tular baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Satu galeri imej dipercayai diambil di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan gambar tahanan polis dengan pelbagai gaya rambut yang lucu. 

Lapor Mail Online koleksi gambar itu mempamerkan beberapa gaya rambut yang tidak dapat dilupakan termasuk seorang lelaki bergambar dengan sebelah mukanya dicukur bersih dan sebelah lagi berjanggut.

Lelaki berkenaan dipercayai ditahan polis ketika sedang berada di kedai gunting rambut.

Di kawasan lain pula, seorang lagi lelaki yang ditahan polis telah mengikat rambut dengan gaya aneh seperti mempunyai dua tanduk.

Sekeping gambar yang turut menarik perhatian adalah keadaan kepala seorang lelaki yang ditahan polis dengan rambut yang panjang tetapi kepalanya dicukur di beberapa bahagian.

Terdapat juga gambar seorang tahanan yang mengukir senyuman menakutkan dengan gaya rambut yang kelihatan seperti badut.

Seorang wanita berambut perang dengan penampilan pelik, kening dilukis tebal dan memakai gincu berwarna merah terang namun sebahagian atas kepalanya dicukur merupakan antara gambar tahanan yang turut mencuri tumpuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya