Isu kebakaran hutan, tanah: Tiada lagi kelonggaran buat syarikat swasta - Utusan Malaysia

Isu kebakaran hutan, tanah: Tiada lagi kelonggaran buat syarikat swasta

SITI Nurbaya Bakar (kiri) dan Menteri Penyelarasan Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan, Mahfud MD (tengah) di sidang akhbar diadakan di Jakarta. - AGENSI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar menegaskan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat swasta yang didapati menyebabkan kebakaran hutan dan tanah di negara itu.

Lapor portal Antara, beliau berkata, tiada lagi kelonggaran akan diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab mencetuskan pembakaran demikian.

“Jika kebakaran hutan berlaku disebabkan aktiviti atau angkara syarikat swasta, tiada kelonggaran akan diberikan, malah tindakan tegas akan diambil.

“Sebaik sahaja satu kawasan titik panas dikesan di tanah milik mereka, kami akan segera memberi amaran kepada pihak bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar langkah menangani kebakaran hutan dan tanah 2023.

Menurut Siti Nurbaya, sekiranya kebakaran berlaku, pemilik tanah sudah pastinya akan dihukum.

Kata beliau, pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang sedemikian merupakan cara terbaik untuk mencegah kes kebakaran daripada berlaku.

Berdasarkan data dikeluarkan kementerian, jumlah kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah menyusut sebanyak 43 peratus pada 2022 berbanding tahun 2021.

Menurut data itu, kawasan terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah meliputi 204,896 hektar pada 2022, manakala sebanyak 358,864 hektar pada 2021 dan 296,942 hektar pada 2020.

Kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap ramai pelaku yang pernah mengakibatkan kemusnahan hutan dan tanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya