Indonesia sasar 253,000 pelancong China tahun ini - Utusan Malaysia

Indonesia sasar 253,000 pelancong China tahun ini

INDONESIA menyambut baik dasar kerajaan China membuka sempadannya Sabtu ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menyambut baik dasar kerajaan China untuk membuka sempadannya Sabtu ini dan menyasarkan untuk menerima kunjungan pelancong seramai 253,000 orang dari negara itu.

Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Uno ketika menyampaikan taklimat media yang dijalankan secara dalam talian.

“Saya baru mendapat arahan daripada Presiden, Joko Widodo (Jokowi) bahawa sasaran pelancong dari China akan tetap dikejar.

“Bagaimanapun, dalam mencapai sasaran itu, kita akan tetap berwaspada dan membuat pemantauan khususnya dari aspek kesihatan berkaitan Covid-19,” jelas beliau.

Menurut Sandiaga, beberapa usaha kesiapsiagaan bakal dilaksanakan termasuk mempromosikan dos penggalak vaksinasi Covid-19 serta pensijilan Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (CHSE) di pelbagai destinasi pelancongan, hotel dan restoran.

“Jadi di dalam negara, kami akan terus mempromosikan CHSE, kami mahukan destinasi yang diperakui dan sudah tentu kami akan meningkatkan vaksinasi, terutamanya dos penggalak dalam mengalu-alukan pelancong asing dari China dengan baik.

“Bagi lawatan pelancong dari China nanti, kerajaan akan memfokuskan kepada kualiti perbelanjaan dan tempoh mereka tinggal di Indonesia. Jika tempoh tinggal lebih lama, kualiti juga meningkat dari segi perbelanjaan untuk ekonomi tempatan,” katanya.

Walaupun berhati-hati dengan pelancong China, Sandiaga berkata, kerajaan masih belum menetapkan prosedur dan syarat untuk mereka memasuki Indonesia. 

“Pelaksanaan syarat keputusan ujian PCR negatif belum dikuatkuasakan. Jadi kita akan selaraskan dengan Menteri Kesihatan,” jelasnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya