Bongkah ais sebesar Greater London pecah di Antartika  - Utusan Malaysia

Bongkah ais sebesar Greater London pecah di Antartika 

KEJADIAN bongkah ais pecah tiada kaitan dengan perubahan iklim. - AGENSI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTARTIKA: Bongkah ais yang dianggarkan menyerupai keluasan Greater London didapati pecah dan terpisah daripada bongkah asal berhampiran sebuah stesen penyelidikan di Antartika.

Penemuan itu dibuat oleh pasukan penyelidik dari Kajian Antartika Britain (BAS) dengan menggunakan pelbagai instrumen.

Menurut pasukan penyelidik, ia merupakan kejadian kedua yang berlaku dalam tempoh dua tahun. 

Bagaimanapun, BAS memaklumkan pembentukan bongkah ais baharu itu bukan disebabkan oleh perubahan iklim yang ketika ini mempercepatkan pencairan struktur ais di Artik dan sebahagian Antartika.    

Bongkah ais berukuran 1,550 kilometer persegi itu terpisah daripada `Brunt Ice Shelf’ setebal 150 meter sedekad lalu selepas para penyelidik mula-mula menemukan keretakan besar pada rak bongkah ais Brunt.

Kejadian serupa melibatkan bongkah ais seluas 1,270 kilometer persegi, berlaku kira-kira setahun lalu.

Menurut ahli glasiologi BAS, Dominic Hodgson, kejadian itu sudah dijangkakan dan merupakan sebahagian proses perubahan semula jadi Brunt Ice Shelf.

“Sememangnya ia tidak berkaitan dengan perubahan iklim,” katanya.

Stesen Penyelidikan Britain, Halley VI yang memantau keadaan bongkah ais terapung setiap hari dilaporkan tidak terjejas dengan kejadian tersebut. 

Stesen penyelidikan itu dipindahkan ke bahagian pedalaman pada tahun 2016-2017 atas faktor keselamatan berikutan ancaman kejadian retakan ais.

Sejak itu, kakitangan ditempatkan di stesen itu hanya pada musim panas Antartika antara November hingga Mac, dengan seramai 21 penyelidik ketika ini berada di lokasi tersebut. – AFP     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya