Bayi dihurung semut ditemukan di kolam pancing - Utusan Malaysia

Bayi dihurung semut ditemukan di kolam pancing

SEORANG lelaki menunjukkan lokasi bayi baru lahir yang ditemukan di kawasan kolam pancing Barokah Sekopek.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Penduduk di daerah Mijen di Jawa Tengah dikejutkan dengan penemuan bayi yang masih bernyawa walaupun sudah dihurung semut berhampiran sebuah kawasan kolam pancing terkenal kelmarin.

Bayi malang itu dibuang sebaik sahaja dilahirkan kerana masih terdapat kesan darah dan lendir di kepalanya ketika ditemui penduduk.

“Tali pusatnya sudah dipotong ketika ditemukan,” jelas Ketua Polis Mijen, Kholid Mawardi.

Jelas Kholid, bayi itu ditemukan dua lelaki ketika mereka membantu sebuah kereta yang rosak di hadapan kolam memancing Barokah Sekopek.

“Ketika sedang memberikan bantuan, dua lelaki berkenaan secara tidak  sengaja terlihat ada bayi yang dibungkus dengan kain berwarna coklat dan sudah dikerumuni puluhan semut-semut halus.

“Melihatkan bayi tersebut masih hidup, mereka bergegas memanggil orang ramai berhampiran dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Bayi itu dilaporkan dibawa ke pusat kesihatan masyarakat di Karangmalang untuk menerima rawatan lanjut dan polis masih menjejak individu yang bertanggungjawab membuang bayi itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya