Bangunan runtuh di India: 3 maut, puluhan dikhuatiri terperangkap - Utusan Malaysia

Bangunan runtuh di India: 3 maut, puluhan dikhuatiri terperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUCKNOW: Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala puluhan lagi dikhuatiri terperangkap selepas sebuah bangunan empat tingkat runtuh di Uttar Pradesh, India.

Timbalan Ketua Menteri negeri itu, Brajesh Pathak mengesahkan tiga mangsa terbunuh dalam kejadian itu yang berlaku di bandar Lucknow.

Ketua Polis Uttar Pradesh, Devendra Singh Chauhan memaklumkan runtuhan itu disebabkan kesan akibat gempa bumi yang berlaku pada awal hari.

Dilaporkan, gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter melanda barat Nepal, kira-kira 440 kilometer (km) dari Lucknow.

“Kira-kira 30 hingga 35 orang dipercayai terperangkap dalam runtuhan itu,” katanya.

Tambah Devendra, pasukan polis dan anggota penyelamat masih lagi giat mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu.

Sementara itu, Pejabat Ketua Menteri, Yogi Adityanath dalam satu ciapan di Twitter memaklumkan semua hospital di Uttar Pradesh berada dalam keadaan siap sedia bagi segala kemungkinan.

Berdasarkan data dari Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, seramai 1,630 orang terbunuh akibat runtuhan struktur bangunan sejak tahun 2021. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya