14 maut, 24 banduan lolos dari penjara di Mexico

14 maut, 24 banduan lolos dari penjara di Mexico

mexico
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 24 banduan melarikan diri selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah penjara di bandar sempadan utara Ciudad Juarez, utara Mexico.

Lapor Al Jazeera, Pejabat pendakwa raya Chihuahua menerusi kenyataan memaklumkan kumpulan penyerang itu tiba di penjara tersebut sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) dengan menaiki kenderaan berperisai dan melepaskan tembakan ke arah pengawal penjara.

Jelas kenyataan itu, seramai 10 pengawal penjara dan empat banduan antara terbunuh dalam serangan tersebut.

Menurut Pejabat Pendakwa Raya, sekurang-kurangnya 13 orang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Media tempatan melaporkan rusuhan turut berlaku di dalam penjara yang mana beberapa banduan bertindak membakar pelbagai objek dan bergaduh dengan pengawal penjara.

Bagaimanapun, Pejabat Pendakwa Raya negeri memaklumkan tentera dan polis berjaya mengawal situasi dalam penjara itu.

Menurut Pendakwa Raya, sekurang-kurangnya empat orang ditahan tanpa mendedahkan sama ada individu itu merupakan banduan atau lelaki bersenjata.

Maklumat lanjut berhubung bagaimana 24 banduan itu melarikan diri tidak didedahkan, malah, tidak dapat dipastikan pihak bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Pejabat Pendakwa Raya negeri memaklumkan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui motif serangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya