UK: Enam kanak-kanak maut akibat jangkitan strep A - Utusan Malaysia

UK: Enam kanak-kanak maut akibat jangkitan strep A

MUHAMMAD Ibrahim Ali, 4, antara kanak-kanak yang meninggal dunia akibat jangkitan Strep A di England. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ketua kesihatan United Kingdom (UK) mengesahkan enam kanak-kanak meninggal dunia akibat jangkitan Streptokokus Kumpulan A yang kini melanda negara itu.

Ketika ini, sebanyak lima kes kematian akibat jangkitan Streptokokus Kumpulan A dilaporkan di England manakala satu kes di Wales.    

Memetik laporan Daily Mail, Muhammad Ibrahim Ali, 4, antara lima mangsa yang meninggal dunia akibat virus itu di England. 

“Hannah Roap yang berusia 7 tahun pula merupakan satu-satunya kanak-kanak yang meninggal dunia disebabkan Streptokokus Kumpulan A di Wales pada tahun ini,” jelas laporan itu.     

Kes jangkitan Streptokokus Kumpulan A atau dikenali sebagai strep Kumpulan A dalam kalangan kanak-kanak adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding sebelum pandemik Covid-19.

Justeru, pakar kesihatan bimbang bilangan kes akan menjadi lebih teruk dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Dalam kes yang sangat jarang berlaku, jangkitan strep Kumpulan A juga boleh menyebabkan masalah mengancam nyawa seperti sepsis, namun ia boleh dirawat dengan antibiotik. 

Jangkitan kuman itu boleh menyebabkan demam, sakit tekak dan impetigo.

Dalam pada itu, data dari Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) menunjukkan kes jangkitan paling serius iaitu strep Kumpulan A invasif (iGAS) adalah amat tinggi pada tahun ini.

Setakat musim sejuk ini, terdapat sebanyak 2.3 kes jangkitan bagi setiap 100,000 kanak-kanak yang berumur satu hingga empat tahun.      

“Jumlah itu meningkat berbanding purata 0.5 kes bagi setiap 100,000 kanak-kanak yang dicatatkan pada pra-pandemik.

“Malah, jumlah kes juga tinggi dalam golongan berusia lima hingga sembilan tahun dengan 1.1 kes bagi setiap 100,000 kanak-kanak berbanding 0.3 kes bagi setiap 100,000 orang sebelum pandemik Covid-19 melanda,” jelas laporan itu.

Sementara itu, ketua kesihatan UK memaklumkan ketika ini, tiada bukti menunjukkan peningkatan kes itu disebabkan strain baharu bakteria. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya