Tiada lagi WhatsApp di telefon ‘lama’ mulai 1 Januari - Utusan Malaysia

Tiada lagi WhatsApp di telefon ‘lama’ mulai 1 Januari

49 jenama telefon termasuk iPhone 5 atau 5c bersama beberapa model Huawei, LG dan Samsung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Perkhidmatan aplikasi pesanan popular, WhatsApp akan berhenti berfungsi pada jutaan telefon pintar versi ‘lama’ bermula tahun depan.

Lapor Daily Mail mereka yang mempunyai model iPhone dan Android yang lebih lama tidak lagi boleh menggunakan aplikasi itu selepas 31 Disember tanpa mendapat kemaskini.

WhatsApp akan berhenti berfungsi pada 49 jenama telefon termasuk iPhone 5 atau 5c bersama beberapa model Huawei, LG dan Samsung.

Walau bagaimanapun, pengguna telefon tersebut akan menerima amaran oleh WhatsApp sebelum ia berhenti berfungsi.

“Peranti dan perisian sering berubah, jadi kami kerap menyemak sistem pengendalian yang kami sokong dan membuat kemas kini. Peranti ini juga mungkin tidak mempunyai kemas kini keselamatan terkini atau mungkin tidak mempunyai fungsi yang diperlukan untuk menjalankan WhatsApp.

“Untuk memilih menghentikan sokongan setiap tahun, kami seperti syarikat teknologi lain, melihat peranti dan perisian mana yang tertua dan mempunyai bilangan pengguna paling sedikit yang masih menggunakannya,” jelas kenyataan aplikasi itu.

Pengguna boleh mengemas kini sistem pengendalian mereka pada telefon pintar jenis iPhone atau peranti lain dengan memasuki ‘tetapan umum’ dan memilih ‘kemaskini perisian’.

Jika peranti pengguna tidak dapat menjalankan perisian yang sudah dikemas kini, bermakna mereka perlu menukar telefon pintar kepada versi yang lebih terkini untuk terus menikmati perkhidmatan sistem pesanan WhatsApp.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya