Selatan England bakal hadapi gangguan perjalanan, diselimuti salji tebal sehingga 10 sentimeter - Utusan Malaysia

Selatan England bakal hadapi gangguan perjalanan, diselimuti salji tebal sehingga 10 sentimeter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selatan England bakal diselimuti salji tebal sehingga 10 sentimeter dalam tempoh beberapa hari lagi, menyebabkan kemungkinan penangguhan perjalanan yang besar.

Negara itu akan mengalami sekurang-kurangnya tujuh hari cuaca artik, di mana suhu boleh menjunam serendah -10 darjal Celcius bersama hujan lebat dan kabus.

Ia berlaku selepas Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) menghantar amaran cuaca sejuk tahap tiga meliputi England sehingga Isnin.

Amaran baharu cuaca sejuk yang bakal berlaku esok dijangka berlangsung selama 24 jam, dengan dua hingga 10 sentimeter salji di sekitar kawasan yang agak luas.

Pihak berkuasa memberi amaran terdapat kemungkinan kelewatan perjalanan di jalan raya, kereta api dan kapal terbang, serta bekalan elektrik mungkin terputus akibat cuaca sejuk itu.

Kecederaan akibat tergelincir di atas ais juga boleh berlaku masyarakat di beberapa juga dikhuatiri akan terputus hubungan.

Jurucakap Pejabat Meteorologi, Grahame Madge berkata, tinjauan menunjukkan United Kingdom (UK) kekal sejuk sekurang-kurangnya untuk tujuh hari akan datang, dengan potensi keadaan itu berterusan lebih lama.

“Pada masa ini jisim udara yang menjadi punca keadaan sejuk ini datang dari arah utara, walaupun dengan pengaruh Artik.

“Walau bagaimanapun, jisim udara ini juga agak kering jadi ini mempunyai faedah untuk membawa keadaan yang agak jelas dan terang pada siang hari untuk ramai orang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN