Russia tuduh NATO cuba cetus ketegangan di Laut China Selatan - Utusan Malaysia

Russia tuduh NATO cuba cetus ketegangan di Laut China Selatan

MENTERI Luar Russia, Sergei Lavrov - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, menuduh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meningkatkan ketegangan berhampiran China hingga boleh memberi risiko kepada negara itu.

“Laut China Selatan kini menjadi satu daripada wilayah campur tangan NATO, seperti yang pernah mereka lakukan di Ukraine, sekali gus meningkatkan ketegangan.

“Kami tahu betapa seriusnya China melihat provokasi sedemikian, terutama di Taiwan serta Selat Taiwan, dan kami mendapati tindakan NATO ‘bermain api’ di kawasan ini turut membawa ancaman serta risiko untuk Persekutuan Russia,” katanya.

Lavrov berkata, disebabkan itu Russia juga membangunkan kerjasama ketenteraan dengan China dan tidak menolak kemungkinan menyertai latihan ketenteraan bersama Beijing di Laut China Selatan.

“Negara NATO di bawah pimpinan Amerika Syarikat (AS) berusaha cuba mewujudkan suasana yang tegang di rantau ini, susulan pergolakan di Eropah, dapat dilihat dan difahami semua pihak,” katanya.

Bagaimanapun, Lavrov tidak memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya, tetapi merujuk kepada pembentukan pakatan AUKUS membabitkan AS, Britain dan Australia.

Malah, Lavrov juga menuduh NATO cuba mengheret India ke dalam pakatan anti-Russia dan anti-China. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya