Russia hantar selebriti 'naikkan semangat' tentera di Ukraine - Utusan Malaysia

Russia hantar selebriti ‘naikkan semangat’ tentera di Ukraine

KEMENTERIAN Pertahanan Russia menubuhkan dua pasukan ‘briged kreatif barisan hadapan' untuk menaikkan semangat anggota tenteranya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sekumpulan individu terdiri daripada penghibur sarkas, penyanyi opera dan pelakon Russia akan dihantar ke barisan hadapan medan perang di Ukraine.

Lapor Daily Mail, Kementerian Pertahanan Britain memaklumkan, kumpulan penghibur itu dihantar untuk menaikkan semangat dan memberi sokongan moral kepada pasukan tentera Russia yang kini kerap berdepan kekalahan besar.

Media tempatan melaporkan, Kementerian Pertahanan Russia menubuhkan dua pasukan ‘briged kreatif barisan hadapan’ yang akan dikerahkan dalam operasi ketenteraan khas ke Ukraine.

“Semangat yang rapuh terus menjadi kelemahan ketara dalam kalangan sebahagian besar pasukan tentera Russia.

“Sudah tentu penganjuran muzik dan hiburan bagi pasukan askar dikerahkan mempunyai sejarah panjang dalam kebanyakan ketenteraan, tetapi di Russia ia sangat berkait rapat dengan konsep pendidikan politik ideologi era Soviet.

“Jadi, usaha pasukan Briged Kreatif ini tidak mungkin dapat mengurangkan kebimbangan ini secara substantif,” jelas Kementerian Pertahanan Britain dalam kenyataan.

Kenyataan itu dibuat susulan daripada pengumuman Kementerian Pertahanan Russia baru-baru ini yang meminta rakyat menyumbang sebarang alat muzik kepada anggota tentera untuk menaikkan semangat pasukan itu.

Baru-baru ini, satu laporan mendedahkan Russia bersedia untuk memanjangkan tempoh kerahan tenaga melibatkan golongan lelaki muda dari satu hingga dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN