Rakyat Maluku Utara 'paling gembira' - Utusan Malaysia

Rakyat Maluku Utara ‘paling gembira’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan rakyat Maluku Utara paling gembira jika dibandingkan dengan penduduk di wilayah lain di Indonesia.

Perkara ini disampaikan Jokowi merujuk kepada hasil tinjauan berhubung tahap kebahagiaan rakyat yang tinggal di semua wilayah di negara ini.

“Tinjauan yang saya terima, di semua wilayah yang ditinjau, orang mana yang paling gembira adalah di Maluku Utara,” kata Jokowi dalam ucapannya pada pembukaan Mesyuarat Penyelarasan Pelaburan Nasional 2022 di The Ritz-Carlton, Jakarta semalam.

Menurut Jokowi, tahap kebahagiaan itu berkadar terus dengan pertumbuhan ekonomi di wilayah itu yang mencapai 27 peratus.

Sementara itu, Jokowi turut berbangga dengan pertumbuhan ekonomi di wilayah tersebut kerana merupakan yang terbaik di dunia dengan kadar inflasi rendah sekitar 3.3 peratus.

Justeru, beliau meminta agar kerajaan wilayah itu terus berwaspada dalam mengekalkan keadaan sedia ada.

“Maluku Utara, berhati-hati ya. Saya mengingatkan kepada anda supaya berhati-hati kerana pertumbuhan ekonomi di Maluku Utara adalah 27 peratus. Yang tertinggi di dunia. Tidak ada daerah di dunia ini dengan pertumbuhan ekonominya mencapai tahap ini.

“Dan apa yang lebih baik, saya semak pasaran, inflasi hanya 3.3 peratus. Kenapa saya peringatkan? Supaya kejayaan ini terus dipertahankan dan ditingkatkan lebih baik lagi,” jelasnya.

Jokowi berkata, pertumbuhan ekonomi yang tinggi di Maluku Utara dipengaruhi oleh pembangunan infrastruktur dan hiliran dan kerajaan tempatan tidak boleh leka dengan pencapaian semasa.

“Mengekalkannya lebih sukar, meningkatkannya jauh lebih sukar. Namun jika nanti ada terbitan derivatif lain yang boleh memasuki industri di Maluku Utara, nilai tambahnya akan meningkat lebih banyak lagi. Jadi sekali lagi berhati-hati, saya ingatkan kepada anda,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.