MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin mengakui situasi di empat wilayah Ukraine yang dirampas negara itu berada dalam keadaan ‘amat sukar’.
“Situasi di Donetsk dan Lugansk di Kherson dan Zaporizhzhia ketika ini amat sukar.
“Semua yang tinggal di empat wilayah itu merupakan rakyat Russia dan mereka bergantung kepada negara ini untuk perlindungan dan kehidupan lebih baik.
“Russia bertungkus-lumus untuk memastikan semua rakyat di keempat-empat wilayah itu menjalani kehidupan yang baik,” kata Putin.
Selain itu, Putin juga memaklumkan, operasi lebih ketat perlu dilakukan di keempat-empat wilayah itu bagi mengenal pasti pengkhianat, pengintip yang boleh meruntuhkan sistem pentadbiran.
Pada September lalu, Putin mengumumkan empat wilayah Ukraine menjadi milik Russia selepas mendakwa kesemua penduduk di wilayah berkenaan bersetuju untuk menyertai Russia sebagai satu negara.
Namun, kekalahan demi kekalahan yang dialami pasukann tentera Russia menyebabkan sistem pentadbirandi keempat-empat wilayah berkenaan tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Ukraine dan Barat mengutuk keras tindakan Russia merampas empat wilayah berkenaan. – AFP