Puteri Thailand terima bantuan sokongan jantung, paru-paru, buah pinggang - Utusan Malaysia

Puteri Thailand terima bantuan sokongan jantung, paru-paru, buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Anak sulung Raja Thailand yang masih dirawat di hospital kini dilaporkan menerima bantuan sokongan untuk jantung, paru-paru dan buah pinggangnya.

Puteri Bajrakitiyabha Mahidol dilaporkan jatuh sakit pada Rabu lalu ketika melakukan latihan ketenteraan di utara Bangkok.

Beliau didakwa mengalami serangan jantung dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di sebuah hospital di Bangkok.

Dikenali sebagai Puteri Bha dalam kalangan rakyat Thailand, kerabat diraja berusia 44 tahun itu merupakan anak sulung kepada Raja Maha Vajiralongkorn.

Kenyataan istana memaklumkan, keadaan puteri itu stabil tanpa menyatakan butiran lanjut.

“Keadaan jantung puteri kini disokong dengan bantuan perubatan termasuk ubatan,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, rakyat negara ini tidak putus mendoakan kesejahteraan puteri tersebut dan berharap beliau pulih segera. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN