51 buah masjid dijadikan direktori pelancongan mesra muslim - Utusan Malaysia

51 buah masjid dijadikan direktori pelancongan mesra muslim

KHARUL Firdaus Akbar Khan (tengah)menyempurnakan gimik pelancaran pada Persidangan Meja Bulat Pelancongan Masjid (MTRT) di Hotel Perdana,Kota Bharu,Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan menyenaraikan 51 buah masjid di seluruh negara telah sebagai direktori pelancongan mesra muslim sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, ia bertujuan memberi nafas baharu kepada sektor pelancongan negara, dengan mengetengahkan masjid sebagai salah satu tarikan utama berasaskan kebudayaan dan warisan Islam yang unik di Malaysia.

Menurutnya, pemilihan masjid dilakukan secara terperinci dan memastikan hanya lokasi yang benar-benar bersedia dan mempunyai daya tarikan disenaraikan dalam direktori rasmi.

“Masjid yang dipilih tidak hanya tertumpu di bandar-bandar utama, tetapi juga merangkumi masjid yang memiliki keunikan seni bina, nilai sejarah serta peranan aktif dalam komuniti setempat.

“Kita tahu ramai pelancong berminat melawat masjid, tetapi sebelum ini tidak ada penyusunan atau penyelarasan. Sekarang, dengan adanya direktori ini, pelawat akan lebih mudah mengenal pasti lokasi dan maklumat masjid menerusi sistem kod QR,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat Pelancongan Masjid (MTRT) di sini hari ini.

Khairul Firdaus memberitahu, tiga masjid paling utama yang terus menjadi tarikan pelancong ialah Masjid Negara, Masjid Putra (Putrajaya) dan Masjid Wilayah Persekutuan,

Katanya, bagaimanapun pengurusan masjid lain di seluruh negara juga kini lebih terbuka untuk menerima kunjungan pelancong.

“Malaysia turut mengekalkan pengiktirafan sebagai destinasi Muslim Friendly selama 10 tahun berturut-turut, menjadikan pendekatan baharu ini sebagai pelengkap kepada ekosistem pelancongan Islam yang lebih tersusun.

“Inisiatif ini bukan sekadar mengetengahkan tempat ibadah, tetapi juga memperkenalkan budaya, seni bina dan nilai Islam yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN