PM Thailand berhasrat mahu kekalkan kuasa sehingga 2025 - Utusan Malaysia

PM Thailand berhasrat mahu kekalkan kuasa sehingga 2025

PRAYUTH CHAN-O-Cha
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha menyatakan hasrat untuk terus berkuasa sebagai pemimpin negara ini bagi tempoh dua tahun lagi sekiranya disokong Parlimen selepas pilihan raya umum, yang sepatutnya berlangsung sebelum Mei depan.

Ini kenyataan pertama mengenai masa depannya selepas beliau digantung jawatan lima minggu September lalu, menyusuli satu cabaran undang-undang ke atas had penggalnya.

Prayuth berkata, beliau hanya boleh berkuasa hingga 2025, sejajar dengan keputusan Mahkamah Perlembagaan, yang mana mengikut Perlembagaan, perdana menteri hanya boleh berkhidmat selama lapan tahun.

Parti pembangkang utama Thailand bertegas tempoh yang dihabiskan Prayuth sebagai ketua junta tentera selepas beliau mengadakan rampasan kuasa pada 2014 harus diambil kira dalam kiraan tempoh terbabit.

Namun, mahkamah mengesahkan Prayuth mula berkuasa pada 2017 apabila sebuah Perlembagaan mula diisytihar, yang bermakna beliau boleh berkhidmat hingga 2025 jika dipilih semula.

“Sekiranya perlu, saya hanya boleh kekal hingga 2025,” kata Prayuth kepada pemberita, tanpa menyatakan parti politik yang beliau akan wakili dalam pilihan raya akan datang.

Prayuth dipilih Parlimen untuk menjadi perdana menteri menyusuli pilihan raya umum pada 2019, yang dianggap pengkritik sebagai sesuatu yang dilakukan bagi kepentingannya.

Bantahan besar-besaran berlangsung terhadap pemerintah Prayuth sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun kerajaan itu berkata pilihan raya terbabit adil dan saksama.

Bekas pemimpin junta itu adalah antara perdana menteri paling lama berkuasa di Thailand – yang menyaksikan lebih 10 rampasan kuasa sepanjang 80 tahun lalu dan mempunyai ramai pemimpin dalam kalangan tentera. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya