Perhambaan: Belanda minta maaf selepas 150 tahun

Perhambaan: Belanda minta maaf selepas 150 tahun

MARK RUTTE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte secara rasmi memohon maaf berhubung pembabitan negara itu selama 250 tahun dalam perhambaan dan mengakuinya sebagai jenayah kemanusiaan.

Permohonan maaf itu dibuat hampir 150 tahun selepas berakhirnya era perhambaan di tanah jajahan seberang laut negara Eropah itu, termasuk Suriname di Amerika Selatan, Indonesia di timur dan pulau Caribbean seperti Curacao dan Aruba.

Aruba menjadi bekas tanah jajahan Belanda yang pertama memberikan reaksi terhadap permohonan maaf tersebut.

Perdana Menteri Aruba, Evelyn Wever-Croes menyatakan negara itu menerima permohonan maaf tersebut, namun beberapa negara lain menzahirkan rasa kesal kerana tiada tindakan atau dialog yang kukuh mengenainya.

“Bagi pihak kerajaan Belanda, saya memohon maaf terhadap tindakan masa lalu negara ini.

“Belanda bertanggungjawab dalam memikul penderitaan yang menimpa golongan individu yang diperhambakan, termasuk keturunan mereka.

“kami juga akui apa yang berlaku pada masa lalu adalah jenayah kemanusiaan,” kata Rutte dalam ucapannya yang disiarkan dalam bahasa Inggeris, Papiamento dan Sranan Tongo.

Selain itu, kerajaan Belanda memaklumkan upacara peringatan utama bakal diadakan mulai tahun depan dan mengumumkan dana 200 juta euro (RM941.3 juta) untuk inisiatif sosial. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN