Perancis beri kondom percuma kepada golongan muda - Utusan Malaysia

Perancis beri kondom percuma kepada golongan muda

PERANCIS menyediakan kondom percuma di farmasi kepada rakyat bawah 25 tahun ketika sambutan tahun baharu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kebimbangan tentang masalah penyakit kelamin yang semakin meningkat dalam kalangan golongan muda di Perancis menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk memberikan kondom percuma kepada mereka yang berumur bawah 25 tahun ketika sambutan tahun baru.

Khamis lalu, Presiden, Emmanuel Macron mengumumkan kondom percuma itu disediakan di farmasi kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun mulai 1 Januari.

Namun beliau kemudian bersetuju untuk meluaskan program berkenaan kepada golongan remaja bawah umur selepas mendapat pelbagai reaksi di media sosial termasuk daripada  penyampai TV Perancis tentang kepentingan untuk turut melindungi golongan tersebut.

“Mari kita lakukannya,” kata Macron dalam video yang dirakamnya dari luar sidang kemuncak di Sepanyol merujuk keputusan tersebut. 

Macron kemudian menjelaskan tentang perkara tersebut menerusi akaun Twitternya.

“Ramai kanak-kanak bawah umur juga melakukan hubungan seks. Mereka juga perlu melindungi diri mereka sendiri,” jelasnya.

Remaja perempuan dan wanita berumur 25 tahun ke bawah dibenarkan mendapatkan kawalan kelahiran percuma di Perancis yang merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu golongan muda daripada semua tahap pendapatan mencegah kehamilan yang tidak diingini.

Macron, yang merupakan Presiden termuda Perancis, turut berjanji meningkatkan usaha untuk mencegah  penularan penyakit HIV dan virus seksual lain.

Sistem penjagaan kesihatan negeri di Perancis meliputi beberapa kos kawalan kelahiran dan pengguguran bayi di Perancis tersedia secara percuma untuk semua golongan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN