Penyokong bola sepak England diminta waspada dengan MERS - Utusan Malaysia

Penyokong bola sepak England diminta waspada dengan MERS

MERS boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan unta. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Peminat bola sepak yang pulang dari Qatar dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan tanda-tanda simptom selsema unta seperti demam, batuk dan muntah.

Selesema unta atau dikenali sebagai Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) merupakan jangkitan respiratori yang disebabkan oleh sejenis virus korona yang boleh membawa maut.

Lapor Daily Mail, Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memaklumkan MERS boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan unta.

Bagaimanapun, agensi kesihatan itu memberi amaran kepada pengamal perubatan UK agar kekal berwaspada dengan peminat bola sepak kembali dari Qatar yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan respiratori tersebut.

“Risiko jangkitan dalam kalangan penduduk UK adalah sangat rendah tetapi ia mungkin lebih tinggi bagi mereka yang terdedah kepada faktor risiko tertentu di negara itu seperti unta.

“MERS juga boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan unta atau pengambilan produk haiwan itu, misalnya susu unta yang tidak dipasteurisasi,” jelas laporan itu.

Antara risiko lain termasuk kes penularan dari individu dijangkiti dengan MERS.

Dilaporkan, ramai peminat bola sepak mengambil kesempatan menunggang unta ketika berada di Qatar untuk menyaksikan perlawanan pasukan England pada Piala Dunia. 

Setakat ini, sebanyak lima kes MERS dilaporkan di UK, dengan kes terakhir pada Ogos 2018.

Agensi kesihatan itu mengeluarkan panduan rutin pada bulan lalu, namun tiada kes baharu dilaporkan.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), MERS pertama kali dikesan pada 2012 dan sejak itu, sebanyak 2,600 kes dilaporkan di seluruh dunia.   

Lebih satu pertiga individu yang dijangkiti MERS dilaporkan meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya