Mauna Loa masih aktif keluarkan lahar - Utusan Malaysia

Mauna Loa masih aktif keluarkan lahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Gunung berapi aktif terbesar di dunia, Mauna Loa di Hawaii dilaporkan masih memuntahkan lahar panas selepas meletus pada Ahad lalu.

Mauna Loa yang meletus buat pertama kali dalam tempoh hampir 40 tahun itu, juga tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda dalam masa terdekat.

Menurut pasukan pakar vulkanologi, pihaknya sedang memantau pergerakan aliran lahar yang menuju ke lebuh raya di pulau terbesar Hawaii.

Bagaimanapun, pasukan penyelidik itu percaya letusan itu tidak akan menimbulkan sebarang ancaman langsung kepada manusia.

“Letusan Zon Keretakan Timur Laut Mauna Loa masih berterusan, dengan dua rekahan aktif memberi aliran lahar ke bawah cerun.

“Aliran lahar bergerak ke utara menghala ke Lebuhraya Daniel K. Inouye dan mencapai tanah yang agak rata.

“Malah pergerakkannya semakin perlahan seperti dijangkakan,” jelas Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGC memaklumkan pergerakan lahar boleh berubah dengan pantas dalam tempoh beberapa hari dan minggu akan datang disebabkan aliran lahar yang mencapai tanah rata.

“Sepanjang tempoh 24 jam lalu, aliran lahar paling awal dijangka sampai ke Lebuhraya Daniel K. Inouye adalah seminggu,” jelas agensi itu.

Bagaimanapun, agensi itu memberi amaran letusan gunung berapi tidak dapat diramalkan dan pengiraan tersebut boleh berubah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya