Masjid Stockholm kecam tindakan hina al-Quran  - Utusan Malaysia

Masjid Stockholm kecam tindakan hina al-Quran 

GAMBAR menunjukkan al-Quran dirantai dan digantung pada pagar besi di luar masjid di Stockholm, Sweden. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Sebuah masjid di ibu negara Sweden mengutuk perbuatan menghina al- Quran dalam satu serangan ke atas tempat ibadatnya, baru-baru ini.

Beberapa gambar yang dikeluarkan oleh Masjid Pusat Stockholm berhubung serangan pada 2 Disember lalu menunjukkan kitab suci itu dicemari dengan dirantai dan digantung pada pagar besi di luar masjid.  

Lapor Press TV, pengurusan masjid menerusi catatan di Facebook mengakui pihaknya sering mengalami ancaman demikian. 

“Masjid dan jemaah kami kerap menerima ancaman seperti itu. Pihak rasis sentiasa cuba memburukkan mana-mana individu yang berlainan.

“Perbuatan merantai dan menggantung kitab suci itu pada palang taman di sebelah pintu masjid adalah menghina umat Islam.

“Sehubungan itu, pengurusan masjid memutuskan berkongsi gambar dan maklumat ini bagi memaklumkan kepada jemaah dan orang ramai untuk mengelakkan jenayah kebencian ini terus menjadi normal,” jelasnya.  

Sementara itu, imam dan pengarah masjid, Mahmoud Khalfi berkata, dia secara peribadi pernah menyaksikan kejadian al-Quran dibakar di Stockholm pada Disember tahun lalu.

Katanya, dia masih ingat akan insiden yang mengguris hati umat Islam. 

“Al-Quran adalah kitab suci bagi umat Islam, itu adalah firman Tuhan. Jadi, tindakan membakarnya amat menyakitkan hati kami,” katanya.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya